biometriks

Teknologi cip, biometriks KPPK tingkatkan keselamatan
Megabait (14th Mei 2001)

TEKNOLOGI cip dan biometriks yang digunakan pada Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan (KPPK) mampu meningkatkan keyakinan yang tinggi di kalangan pengguna khususnya dari aspek keselamatan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Azizan Ayob berkata, ciri-ciri keselamatan tersebut melindungi pemegangnya dari sebarang pemalsuan dan salah guna kad.

“Ia juga memastikan data yang disimpan di dalam kad tersebut adalah tepat dan selamat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Azizan, berdasarkan kepada ciri-ciri keselamatan yang tinggi itu, pihaknya juga bercadang untuk memperluaskan kegunaan kad tersebut kepada sektor pengangkutan dan perbankan tidak lama lagi.

Katanya, langkah itu adalah wajar memandangkan fungsi kedua-dua sektor terbabit semakin penting kepada rakyat Malaysia kebelakangan ini.

“Dengan pertambahan bilangan tol dan pengangkutan awam di negara ini, kami harap dapat membina sistem yang membolehkan kita membayar tol, tambang keretapi, LRT dan bas menggunakan KPPK tidak lama lagi,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang berusaha keras membangunkan infrastruktur yang serupa seperti mesin teler automatik (ATM) supaya pengguna dapat mengeluarkan duit menggunakan KPPK.

“Bagi sektor perbankan, kami bercadang mewujudkan suatu sistem yang boleh akses kepada akaun bank pengguna untuk keluarkan duit menggunakan KPPK,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, bagi mengelakkan pengklonan dan penggodaman, pihaknya akan menambah beberapa ciri keselamatan lain seperti menggunakan nombor pin dan cap jari.

Beliau menambah, langkah tersebut juga membuktikan kerajaan memandang serius ke arah mencapai visi pengurusan tanpa kertas di negara ini.

Kerajaan Malaysia membelanjakan sebanyak RM270 juta bagi membangunkan KPPK yang mula diperkenalkan kepada orang ramai bulan lalu.

Jumlah itu membabitkan pelaburan fasa pertama projek perintis KPPK iaitu untuk kawasan Lembah Klang yang bermula sejak tahun 1997.

Ini termasuk kos membangunkan aplikasi dan perisian, pusat pengeluaran kad, pangkalan data, peranti bagi pembaca kad, infrastruktur dan rangkaian serta latihan dan perkhidmatan lain.

Menurut Azizan, sehingga kini sebanyak 90 ribu KPPK telah dikeluarkan dan dijangka akan meningkat sehingga 600 ribu lagi menjelang penghujung tahun ini.

KPPK yang berfungsi sebagai kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kesihatan, kad bayaran tunai elektronik dan lain-lain itu adalah kad pintar pelbagai guna pertama di dunia.

Kad pintar tersebut menggunakan teknologi terkini seperti mikrocip dan enkripsi keselamatan termasuk cap jari serta imej maya (ghost image).

“Kami mensasar KPPK akan digunakan secara meluas dan jayanya di seluruh negara pada tahun 2007 nanti,” tambahnya.

—————————————————————————-

iometriks, keselamatan teknologi pilihan 2002
3rd January 2002 (Utusan Malaysia)

ALAT pembaca cap jari dan pengimbas wajah atau mata merupakan teknologi yang paling popular pada pameran komputer Amerika Syarikat terbesar Comdex baru-baru ini, walaupun syarikat-syarikat kini sibuk mendapatkan rumusan sistem keselamatan komputer terkini.

Syarikat vendor keselamatan komputer menyatakan sistem pengenalan mereka akan berada di pasaran bagi membendung pencerobohan dan aktiviti jenayah.

Sistem pengenalan biometrik yang mampu mengenal pasti pengguna sebenar akan menjadi trend dalam masa beberapa tahun ini seperti pemandu hanya perlu meletakkan cap jari atau imbasan wajah untuk memasuki atau menghidupkan enjin kereta.

Sebuah syarikat trak di Jerman misalnya berminat dengan produk tersebut bagi mengatasi masalah perampas lori yang sering berlaku di Eropah Timur dan telah meminta Cognitec AG, sebuah syarikat perisian pengenalan wajah di Jerman membekalkan rumusan tersebut.

“Ini akan menjadi trend pengeluaran pintu kereta di masa depan,” kata Bolko Graf von Haslingen, pengurus besar syarikat itu.

Beliau berkata, minat terhadap produk biometriks tersebut meningkat dengan besarnya selepas peristiwa 11 September apabila pesawat yang dirampas digunakan untuk memusnahkan World Trade Center dan Pentagon.

Cognitec misalnya telah menawarkan sistem yang bermula dengan harga RM262 untuk perisian mengakses komputer peribadi (PC) yang mempunyai kamera web. Demo perisian tersebut boleh dipindah-terima (download) dari tapak web http://www.cognitec-ag.com.

Bagaimanapun, mengakses komputer bukan perkara besar masa kini, kata Carter Marantette, Pengarah jualan Persekutuan Precise Biometrics AB, sebuah syarikat Sweden yang membangunkan perisian pengecaman berasaskan cap jari.

Sejak peristiwa 11 September, akses fizikal telah menjadi lebih penting daripada akses maklumat di dalam komputer, katanya.

“Kemana sahaja kita pergi memerlukan pengesahan yang boleh dilakukan melalui telefon bimbit dan PDA (alat bantuan digital peribadi),” katanya.

Marantette menjangkakan prototaip telefon bimbit yang dilengkapi cip pengesahan yang akan membolehkan transaksi perdagangan bergerak akan menjadi pilihan di tahun-tahun selepas ini.

Sementara itu, EDS Corp. EDS.N, syarikat perkhidmatan teknologi yang melakukan kerja-kerja mereka bentuk sistem keselamatan lapangan terbang menyatakan teknologi bukan isu utama.

“Apa yang penting ialah kemampuan teknologi untuk bersepadu antara satu sama lain seperti antara kerajaan dan syarikat penerbangan,” kata Jim Dullum, presiden Kumpulan industri pengangkutan EDS.

Rancangannya ialah untuk membahagikan lapangan terbang kepada sektor keselamatan dan kawalan akses kakitangan menggunakan kad pengenalan diri dengan pengesahan biometrik seperti pemeriksaan cap jari.

EDS juga mencadangkan agar kad pengenalan nasional dilengkapi dengan fungsi biometrik dan mereka akan lebih mudah untuk mengakses kawasan-kawasan yang sering dilawati seperti lapangan terbang yang memudahkan kawalan keselamatan.

Bagaimanapun, bagi memastikan sistem itu berupaya memberi kesan yang lebih, akses kepada pangkalan data-pangkalan data kerajaan dan swasta perlu bersepadu menggunakan teknologi biometrik.

Dullum berkata, sistem itu dapat dilaksanakan hanya dalam masa beberapa bulan jika keputusan mengenainya boleh dilakukan oleh kerajaan dengan segera.

“Kita hidup dalam era teknologi tetapi yang paling sekarang ialah isu polisi bagi menentukan kebolehan teknologi menyerapi dalam kehidupan,” kata Dick Brown, ketua pegawai eksekutif EDS. – Reuters

————————————————————————-

Macam BIOMETRICS

Menurut sistemnya biometrics sendiri terbagi atas tiga macam, yaitu:

1. Sistem yang menyimpan data langsung pada alat.
Dengan sistem ini, data akan disimpan pada media penyimpanan yang berada dalam alat detektor. Jika sewaktu-waktu mesin harus di-reset atau dikembalikan ke posisi awal, maka data yang ada dapat saja ikut terhapus. Sehingga petugas harus meng-input ulang. Jika data yang dimasukkan sangat banyak tentu akan sangat merepotkan, lain halnya bila data tidak terlalu banyak. Biometrics dengan sistem ini sangat cocok untuk diterapkan pada sebuah alat tertentu yang tidak digunakan oleh banyak orang atau untuk untuk melindungi sebuah ruang khusus, yang juga tidak diakses oleh banyak pengunjungnya.

2. Sistem yang menyimpan data pada jaringan.
Sistem yang kedua memanfaatkan jaringan untuk menyimpan datanya. Sistem yang kedua sangat efektif bagi aplikasi yang memang dipergunakan untuk banyak user. Misalnya saja untuk data absen karyawan atau siswa. Bentuk fisik yang ditampilkan oleh alat juga tidak perlu terlalu besar. Karena data tidak akan diproses langsung pada alat. Melainkan dikirim dahulu ke sebuah jaringan baru kemudian diproses dan disimpan. Sistem ini memang membutuhkan waktu lama.

Tetapi cukup efektif untuk data yang besar. Karena tidak akan terkena risiko data hilang pada saat proses reset pada alat harus dilakukan.

3. Sistem yang menyimpan data pada sebuah chip.
Sistem yang terakhir ini menggunakan media tambahan berupa chip untuk menyimpan data si pemilik ID. Sehingga untuk menggunakannya seseorang harus membawanya. Untuk sistem yang terakhir ini, akan sangat efektif diterapkan untuk yang memiliki pengguna sangat banyak atau bila alatnya hendak diletakkan di tempat umum. Misalnya saja untuk keamanan di mesin ATM atau hanya sekadar sebagai ID masuk dalam sebuah gedung.

—————————————————————————

Ketegaran Sistem – Mykad Kalis Serangan Siber, Penggodaman

http://www.utusan.com.my
Updated: January 17, 2002
________________________________________________________________________________________________________________

KETIKA kebanyakan negara maju sedang mengkaji untuk menggunakan pasport atau kad pengenalan pintar dengan fungsi biometriks untuk meningkatkan keselamatan di lapangan terbang selepas peristiwa 11 September lalu, rakyat Malaysia tersenyum kerana kita sudah lama menggunakannya.

Malaysia telah menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan nasional dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometriks terkini yang meningkatkan keselamatan dan kesahihan pembawanya. MyKad dilancarkan pada 1 Ogos lepas, manakala, pasport pintar Malaysia diperkenal sejak 1998.

Biometriks merupakan kaedah pengesahan pembawa kad mengikut imej dalam bahagian dalam diri manusia yang unik seperti cap jari, mata, rupa bentuk wajah dan juga suara.

Kad pengenalan Malaysia yang dikenali sebagai kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK) atau MyKad serta Pasport pintar Malaysia menggunakan rumusan peng-komputeran I.R.I.S (Sistem pengesahan dan pemaparan imej) ciptaan syarikat tempatan, IRIS Corporation Berhad.

Pengarah urusan IRIS Corporation, Tan Say Jim berkata, I.R.I.S merupakan rumusan yang menggunakan teknologi terkini dengan ciri-ciri keselamatan tegar yang diperlukan dalam menghadapi ancaman pemalsuan, penipuan, serangan siber dan penggodaman yang semakin meningkat dalam jenayah dokumen.

“Kita sudah lama mendahului negara-negara maju tersebut apabila memperkata-kan mengenai dokumen pengenalan diri berciri keselamatan tinggi,” kata Tan dalam temu bual bersama Utusan, baru-baru ini.

20020117_news_img_0.jpg

TAN Say Jim mempamerkan kelengkapan pembaca MyKad yang turut dibangunkan IRIS.

Keghairahan Barat dalam menggunakan kad pengenalan berkeselamatan tinggi kini semakin ketara sehingga ada akhbar di Amerika Syarikat yang berpendapat yang peristiwa 11 September mungkin dapat dielakkan jika penumpang-penumpang kapal terbang yang dirampas itu menggunakan kad pintar biometriks.

Tan berkata, pendapat itu tidak semes-tinya benar kerana pembawa atau pemilik kad pengenalan diri atau pasport yang sah juga masih boleh menjadi perampas yang sukar dikenali jika mereka tidak mempunyai sebarang rekod buruk sebelum ini.

“Bagaimanapun, apa yang pasti kita me-ngetahui maklumat penumpang kapal terbang itu kerana kad pengenalan atau pasport pintar mempunyai gambar dan cap jari pembawanya,” katanya.

MyKad kini menyimpan pelbagai maklumat peribadi pengguna seperti maklumat asas dalam kad pengenalan biasa, lesen memandu, maklumat passport, wang tunai elektronik (e-tunai), maklumat kesihatan, prasarana kekunci awam (PKI) untuk sijil digital dan Touch `n Go.

Ia juga dirancang untuk diperluaskan kepada aplikasi-aplikasi lain seperti kad mesin autoteller (ATM), kad kredit, kad keahlian dan lain-lain di masa depan

MyKad yang mempunyai cip dengan storan 32 kilobait menyimpan pelbagai aplikasi termasuk data biometriks iaitu gambar berwarna dan cap jari di dalam cipnya. Berbeza dengan kad pengenalan biasa, imej cap jari tidak diletakkan pada luar kad dan hanya boleh dibaca dengan pembaca kad khas kerana ia berada di dalam cip.

Menurut pakar keselamatan, kaedah memasukkan nombor pengguna atau kata laluan untuk membuat urusan masih kurang selamat kerana pakar atau komputer berkuasa mampu menjangkakan nombor tersebut dengan formula tertentu.

Jikapun, sesuatu sistem mampu mengim-bas jari atau mana-mana bahagian pengguna, teknologi yang digunakan adalah berasaskan formula matematik dan ia akan menukar imej yang diperolehinya kepada satu nombor yang panjang untuk disimpan bagi perbandingan.

Menurut pakar biometriks, apabila ini berlaku, nombor-nombor ini tidak mampu ditukarkan kembali menjadi imej bagi cap jari atau mana-mana anggota unik itu.

Menyentuh mengenai tahap keselamatan maklumat pengguna di dalam kad, Tan berkata, IRIS mereka bentuk senibina kad tersebut dari peringkat awal seperti sistem operasi OS) di dalam cip, perisian aplikasinya, terminal pembaca dan pusat pengeluaran kad itu sendiri.

Kad tersebut menggunakan teknologi pemampatan dan enkripsi yang hanya boleh dibaca melalui terminal, senibina multisilikon, teknologi biometriks dan sistem keselamatan mengikut standard teknologi kad pintar terkini.

Ia juga mempunyai sistem kawalan akses iaitu hanya membenarkan akses mengikut persetujuan pengguna untuk aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam kad seperti maklumat pengenalan diri, maklumat kesihatan, lesen memandu, kad tunai, kad pengangkutan dan sistem transaksi pengesahan kewangan.

“Bagi menyukarkan lagi pencerobohan atau ketidaksahihan ketika melakukan transaksi tunai di Internet, Mykad turut mempunyai bahagian prasarana kekunci awam (PKI) yang menjalankan pengesahan diri bagi persekitaran digital,” kata Tan.

Aplikasi Prasarana Kekunci Awam akan memasukkan Sijil Digital pemiliknya ke dalam MyKad yang boleh dilakukan dengan mendaftar kepada Badan Pengesahan dilantik kerajaan seperti MSC Trustgate. Sdn. Bhd. atau Digicert Sdn. Bhd.

Tan berkata, teknologi I.R.I.S membahagi-bahagikan aplikasi di dalam kad yang hanya boleh diakses jika mendapat kebenaran pengguna dan mempunyai kunci akses.

“Ia ibarat seperti rumah-rumah di dalam satu kawasan yang hanya boleh diakses oleh pemilik rumah yang mempunyai kunci rumah itu sahaja,” katanya.

Teknologi I.R.I.S yang patennya didaftar di Amerika Syarikat juga turut diiktiraf oleh Proton World International, syarikat pengeluar kad pintar berkeselamatan tinggi terkenal dunia.

Mengulas lanjut mengenai teknologi di dalam kad tersebut, Tan berkata, IRIS telah membangunkan dua jenis sistem operasi (OS) khusus untuk cip kad pintar yang dikenali sebagai I-COS dan M-COS.

I-COS merupakan OS yang aplikasi berbentuk pengurusan seperti maklumat diri pembawa, pendaftaran, penguatkuasaan dan sebagainya. Ia boleh mengendalikan pelbagai aplikasi dan menguruskan perbezaan setiap aplikasi. M-COS pula mampu memasukkan ciri-ciri kelas ke dalam aplikasi ke dalam satu platform di dalam satu cip.

Kombinasi I-COS dan M-COS, IRIS mampu menawarkan kad pintar berasaskan mikropemproses bagi mengendalikan sebarang aplikasi dalam satu kad. Kedua-dua OS ini walaupun berkonsep terbuka tetapi mempunyai ciri-ciri yang maklumat di dalam kad dilindungi dan hanya boleh diakses dengan kebenaran dan pihak tertentu.

Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Azizan Ayob berkata, maklumat-maklumat di dalam kad hanya boleh diakses oleh agensi yang dibenarkan seperti Pusat Perkhidmatan Kerajaan (GSC) yang terletak di jabatan-jabatan kerajaan.

Maklumat-maklumat mengenai pembawa juga disimpan di dalam sistem pangkalan data jabatan masing-masing seperti maklumat lesen memandu di Jabatan Pengangkutan Jalan dan maklumat pasport di Jabatan Imigresen, katanya.

Kesimpulannya, kad pengenalan dan pasport pintar yang diperkenalkan Malaysia itu sememangnya telah mengambil pelbagai faktor keselamatan dalam pembuatannya sama ada dari segi fizikalnya atau sistem di dalamnya dan tiada sebab kita perlu mempertikaikan tahap kebolehpercayaannya semata-mata ia merupakan produk buatan tempatan.

—————————————————————————

Biometriks, keselamatan teknologi pilihan 2002
3rd January 2002 (Utusan Malaysia)

ALAT pembaca cap jari dan pengimbas wajah atau mata merupakan teknologi yang paling popular pada pameran komputer Amerika Syarikat terbesar Comdex baru-baru ini, walaupun syarikat-syarikat kini sibuk mendapatkan rumusan sistem keselamatan komputer terkini.

Syarikat vendor keselamatan komputer menyatakan sistem pengenalan mereka akan berada di pasaran bagi membendung pencerobohan dan aktiviti jenayah.

Sistem pengenalan biometrik yang mampu mengenal pasti pengguna sebenar akan menjadi trend dalam masa beberapa tahun ini seperti pemandu hanya perlu meletakkan cap jari atau imbasan wajah untuk memasuki atau menghidupkan enjin kereta.

Sebuah syarikat trak di Jerman misalnya berminat dengan produk tersebut bagi mengatasi masalah perampas lori yang sering berlaku di Eropah Timur dan telah meminta Cognitec AG, sebuah syarikat perisian pengenalan wajah di Jerman membekalkan rumusan tersebut.

“Ini akan menjadi trend pengeluaran pintu kereta di masa depan,” kata Bolko Graf von Haslingen, pengurus besar syarikat itu.

Beliau berkata, minat terhadap produk biometriks tersebut meningkat dengan besarnya selepas peristiwa 11 September apabila pesawat yang dirampas digunakan untuk memusnahkan World Trade Center dan Pentagon.

Cognitec misalnya telah menawarkan sistem yang bermula dengan harga RM262 untuk perisian mengakses komputer peribadi (PC) yang mempunyai kamera web. Demo perisian tersebut boleh dipindah-terima (download) dari tapak web http://www.cognitec-ag.com.

Bagaimanapun, mengakses komputer bukan perkara besar masa kini, kata Carter Marantette, Pengarah jualan Persekutuan Precise Biometrics AB, sebuah syarikat Sweden yang membangunkan perisian pengecaman berasaskan cap jari.

Sejak peristiwa 11 September, akses fizikal telah menjadi lebih penting daripada akses maklumat di dalam komputer, katanya.

“Kemana sahaja kita pergi memerlukan pengesahan yang boleh dilakukan melalui telefon bimbit dan PDA (alat bantuan digital peribadi),” katanya.

Marantette menjangkakan prototaip telefon bimbit yang dilengkapi cip pengesahan yang akan membolehkan transaksi perdagangan bergerak akan menjadi pilihan di tahun-tahun selepas ini.

Sementara itu, EDS Corp. EDS.N, syarikat perkhidmatan teknologi yang melakukan kerja-kerja mereka bentuk sistem keselamatan lapangan terbang menyatakan teknologi bukan isu utama.

“Apa yang penting ialah kemampuan teknologi untuk bersepadu antara satu sama lain seperti antara kerajaan dan syarikat penerbangan,” kata Jim Dullum, presiden Kumpulan industri pengangkutan EDS.

Rancangannya ialah untuk membahagikan lapangan terbang kepada sektor keselamatan dan kawalan akses kakitangan menggunakan kad pengenalan diri dengan pengesahan biometrik seperti pemeriksaan cap jari.

EDS juga mencadangkan agar kad pengenalan nasional dilengkapi dengan fungsi biometrik dan mereka akan lebih mudah untuk mengakses kawasan-kawasan yang sering dilawati seperti lapangan terbang yang memudahkan kawalan keselamatan.

Bagaimanapun, bagi memastikan sistem itu berupaya memberi kesan yang lebih, akses kepada pangkalan data-pangkalan data kerajaan dan swasta perlu bersepadu menggunakan teknologi biometrik.

Dullum berkata, sistem itu dapat dilaksanakan hanya dalam masa beberapa bulan jika keputusan mengenainya boleh dilakukan oleh kerajaan dengan segera.

“Kita hidup dalam era teknologi tetapi yang paling sekarang ialah isu polisi bagi menentukan kebolehan teknologi menyerapi dalam kehidupan,” kata Dick Brown, ketua pegawai eksekutif EDS.Ă‚ – Reuters

Ditulis dalam Uncategorized

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: